Selamat Datang ke Kolej Teknologi Alpha


Kolej Teknologi Alpha yang nama asalnya Institut Pujangga telah ditubuhkan pada Mei 1997 di bawah Pujangga Sari (M) Sdn. Bhd. yang telah diperbadankan pada 28hb. April 1997. Walau bagaimanapun, kelulusan penubuhannya oleh Jabatan Pendidikan Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia telah diperolehi pada 23 Jun 1998 (No. Ruj.: KP(JPS)5195/IPTS/976(13). Nama asalnya ialah Institut Pujangga. Perubahan nama telah dibuat sebanyak dua kali iaitu pada November 2000 (Institut Pengurusan Pujangga) dan pada tahun 2005 (Kolej Teknologi Alpha). Kolej Teknologi Alpha adalah milik Syarikat Bumiputera (Pujangga Sari [M] Sdn. Bhd) sepenuhnya dan InsyaAllah akan kekal sebagai milik Bumiputera. Buat masa ini, Alpha College of Technology ditempatkan di Lot 162, 168-173 Jalan S2B3 Green Technology Park, Seremban 2

Terkini

PicROADSHOW TAKLIMAT PROGRAM INTENSIF BAHASA INGGERIS
Jadual Taklimat Program Intensif Bahasa Inggeris Sebagai Persediaan Untuk Mengikuti Program Ijazah Kepada Lepasan STPM 2013
Download borang di bawah :
1 . JADUAL ROADSHOW BAGI SEMENANJUNG
2 . JADUAL ROADSHOW BAGI SABAH DAN SARAWAK

PicPROGRAM INTENSIF BAHASA INGGERIS 2014
MuatTurun borang Permohonan Sekarang!!!
1. BORANG PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM INTENSIF BAHASA INGGERIS UNTUK PELAJAR LEPASAN SPM

2. BORANG PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM INTENSIF BAHASA INGGERIS UNTUK PELAJAR LEPASAN STPM

PicPERTANDINGAN LUKISAN 2014
Pertandingan Lukisan
SERTaI PERTANDINGAN LUKISAN TERBARU ANJURAN KOLEJ TEKNOLOGI ALPHA YANG BERTEMAKAN PERMAINAN TRADISIONAL>>


Animasi Kreatif

Post Pic

Klik untuk : TAWARAN BIASISWA DANA PENDIDIKAN DR. HAMZAID UNTUK MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA ANIMASI DI KOLEJ TEKNOLOGI ALPHA.
Memandangkan perkembangan industri filem animasi yang berkembang sangat pesat di Malaysia pada hari ini, kebanyakan syarikat-syarikat pengeluar filem animasi di Malaysia menghadapi masalah mendapat tenaga mahir dalam bidang ini. Maka permintaan tenaga mahir dalam bidang ini adalah sangat tinggi. Bagi membantu negara mengatasi masalah ini, kami mempelawa kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang berminat dalam bidang animasi untuk mengikuti program Diploma Animasi Kreatif di Kolej Teknologi Alpha.

Ketahui info penuh Di sini »

Program UUM

Post Pic

Program Pengurusan Perniagaan dibentuk dan diperkembangkan setelah mengambilkira dan meneliti program-program yang seumpamanya di luar negara mahupun dalam negeri. Kursus-kursusnya diadun dan disesuaikan dengan keperluan domestik dengan tujuan untuk menghasilkan para siswazah yang arif tentang budaya perniagaan dan persekitaran pentadbiran di Malaysia.

Ketahui info penuh Di sini »

Program IUCTT

Post Pic

Tujuan program diadakan adalah untuk melahirkan lebih ramai graduan yang berkualiti yang sudah tentu permintaannya ada oleh syarikat-syarikat antarabangsa. Melalui program ini, pelajar berupaya untuk memahami pengetahuan asas berhubung pengurusan teknologi, memperolehi pandangan berhubung amalan pengurusan dan teknologi dan arah haluannya di masa hadapan.

Ketahui info penuh Di sini »