Tahniah Para Graduan KTA-UUM di Konvokesyen UUM ke 30!

25th November 2017 | 64 views

22 November 2017, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah. Sebilangan 102 orang pelajar program kerjasama UUM dengan Kolej Teknologi Alpha telah berkonvokesyen bagi pengajian mereka dalam program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Dengan Kepujian.

Pada hari tersebut, Dr. Hamzaid (CEO KTA) & En Andy Bachtiar, telah berada di UUM meraikan para pelajar. Tahniah atas kejayaan anda semua! Semoga langkah anda seterusnya semakin maju dan bertambah baik.

Turut mengiringi ialah En Malik & En. Nizam yg akan membuat rakaman video dan gambar khusus bagi pelajar-pelajar kami juga. Nantikan gambar dan video yang masih dalam proses ‘editing’ dan akan dimuatnaik dalam masa terdekat.