Special English Project KTA 2019

30th May 2019 | 594 views | 149 photos

24 Mei 2019, Special English Project menyaksikan para pelajar dari beberapa semester terlibat mengambil sijil penyertaan masing-masing.  Semua pelajar lulus dalam program penilaian keboleh menulis dan bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik manakala sebahagian pelajar pula mendapat tahap kecemerlangan yang tinggi. Penilaian adalah berasaskan Cambridge English yang mempunyai tahap penilaian yg tinggi.

Projek ini adalah bagi memastikan para pelajar mendapat tempat yang lebih baik di alam pekerjaan mereka nanti bagi pelajar semester akhir terutamanya, manakala bagi pelajar yang masih dalam pembelajaran pula dapat membuat tugasan atau ‘assignment’ mereka menjadi lebih baik. Sijil-sijil disampaikan oleh pihak pengurusan tertetnggi kolej, manakala bagi pelajar yang mempunyai tahap cemerlang pula disampaikan oleh Pengarah Urusan KTA.

Projek ini diusahakan oleh Mr. Gopalan M.K Nair, pensyarah KTA, ini adalah program terakhir yang diuruskan oleh beliau dan program English Project tetap diteruskan dan akan digantikan dengan program yang lebih baik dimasa akan datang. Terima kasih atas usaha terbaik beliau ini.  Majlis berakhir dengan sesi fotografi.