Special English Project 2018 – Second Certificate Presentation Ceremony

28th December 2018 | 857 views | 113 photos

19 Disember 2018, Special English Project yang dijalankan setiap semester (sesi pertama 2018 di sini) adalah bagi mememantapkan seterusnya menguji tahap kebolehan dan penguasaan dalam bahasa Inggeris para pelajar Kolej Teknologi Alpha (KTA). Ini adalah antara usaha pihak KTA supaya pelajar dapat konsisten atau sekurang-kurangnya boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris. Aspek penulisan juga turut dititikberatkan tanpa kompromi.

Dalam menghadapi cabaran dunia global atau khususnya bagi pasaran pekerjaan yang semakin mencabar dari masa ke semasa, pihak kolej sentiasa menambah nilai para pelajar KTA supaya mendapat tahap kebolehpasaran graduan yang lebih baik. Maka tidak hairanlah ramai graduan dari KTA setakat ini berjaya mendapat pekerjaan yang baik-baik belaka. Tahniah juga buat para pelajar yang menerima anugerah pada hari ini, kekalkan daya saing yang tinggi!