Siswa Kolej Teknologi Alpha Selami Kehidupan Warga Emas Di Red Spot Home Care

28th November 2018 | 341 views | 331 photos

SEREMBAN, 17 November 2018- Atas keinginan untuk mendekati dan menyelami kisah warga emas yang ditempatkan di pusat jagaan warga tua, seramai 39 orang siswa-siswi Kolej Teknologi Alpha bersama dengan Pensyarah Komunikasi Madam Zaiton Binti Haji Talib, mengambil kesempatan mengunjungi Rumah Orang Tua Red Spot Home Care Centre.

Terdiri daripada para pelajar yang mengambil kursus Perhubungan Awam di bawah subjek Komunikasi, mereka menunjungi pusat jagaan ini yang terletak di Bukit Rasah, Seremban. Pada masa kini, seramai 15 orang warga emas pelbagai latar belakang yang ditempatkan di sana secara sepenuh dan separuh masa.

Menurut pengarah program, Eric Dave Sipin, 24, pelajar Fakulti Pentadbiran Perniagaan, mereka memilih untuk mengunjungi rumah warga tua kerana ingin menunjukkan mahasiswa prihatin dengan warga emas, berkomunikasi untuk mendengar keluhan mereka, dan mewujudkan sikap sayang kepada warga emas. Seterusnya, memupuk kesedaran kepada pelajar dan orang lain untuk menjaga ibu bapa kelak.

Sepanjang program ini, pelajar mengambil pengalaman membantu kakitangan menjalankan aktiviti rutin seperti senaman ringan, kebersihan, memasak dan berbual-bual bersama warga emas ini. Pelajar juga berpeluang mendengar sendiri kisah para penghuni yang banyak memberikan pengajaran kepada pelajar khususnya menghargai ibu bapa. Selain itu, pelajar turut membuat aktiviti gotong-royong di dalam dan luar rumah untuk memastikan keceriaan dan keselesaan para penghuni. Di penghujung aktiviti, mahasiswa memberikan sumbangan barangan makanan kepada pusat jagaan warga tua dan pensyarah menyampaikan “Godies” kepada setiap warga emas.

Nikmati rakaman lensa.