Sepintas Lalu Konvokesyen Pelajar Program KTA-IUKL 2019

27th September 2019 | 730 views | 160 photos

21 September 2019, Kajang Selangor. Bertempat di kampus induk Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL), para pelajar program kerjasama Kolej Teknologi Alpha dengan IUKL telah selesai menjalankan majlis konnvokesyen mereka. Para pelajar ini adalah merupakan ‘Batch’ pertama dan kedua program ini merupakan kelompok perintis bagi program Bachelor of Business Administration (BBA) yang mana kemasukkan mereka adalah bermula pada tahun 2015.

 

Selama 3 tahun pengajian mereka di Kolej Teknologi Alpha, Seremban 2, kemudian mengikuti latihan praktikum selama 4 bulan bagi melengkapkan pengajian mereka. Sebahagian besar mereka kini telah bekerja dipelbagai bidang dan meneruskan perjuangan bagi kerjaya pilihan masing-masing.  Kami doakan anda semua berjaya dan cemerlang di masa hadapan. Terima kasih kerana memilih Kolej Teknologi Alpha!

Turut meraikan para graduan ialah Pengarah Urusan Kolej Teknologi Alpha, Dr. Fairol Halim, Mantan Dekan KTA-IUKL En. Shamsul Amran, Dekan KTA-IUKL En. Adlani Rosdi dan para-pensyarah KTA yang turut hadir meraikan anak didik masing-masing dengan penuh kegembiraan. Nikmati rakan lensa kami sekadar yang termampu pada hari tersebut (maaf ada gambar yang agak kualiti kurang baik kerana hari yang agak kuat jerebunya)

Gambar oleh : En. Nizam & Nazrin Mansor.