Sambutan Maal Hijrah 1439H Peringkat Kolej Teknologi Alpha 2017

28th October 2017 | 59 views

Pada 12 Oktober 2017 (Khamis) telah berlangsungnya Sambutan Maal Hijrah 1439H Peringkat Kolej Teknologi Alpha. Sambutan ini bertempat di Surau Al-Hidayah Kolej Teknologi Alpha.
Program ini bermula pada pukul 7:00 malam dengan Solat Maghrib secara berjemaah dan diikuti dengan Solat Hajat, bacaan Yaasin, doa selamat, Solat Ishak & Ceramah Maal Hijrah.
Lebih daripada 100 orang pelajar telah menghadiri program ini. Program ini diakhiri dengan penyampaian Anugerah Tokoh Maal Hijrah.

Ustaz Muhammad Adlani Bin Mohd Rosdi telah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1439H Kolej Teknologi Alpha. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Tuan Muhammad Mustaqim Bin Tuan Cob selaku Penasihat Surau Al-Hidayah.