Sambutan Hari Kemerdekaan dan Daedanhan IUKL (Family Day)

28th August 2019 | 2,900 views | 793 photos

JUMAAT, 23 OGOS- Persatuan Mahasiswa IUKL-KTA melalui ahli jawatankuasa telah menjayakan Program Sambutan Hari Kemerdekaan sempena bulan kemerdekaan. Tujuan program ini diadakan bagi memupuk semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan pelajar. Program ini berlangsung pada waktu petang bermula jam 3.00 petang dan berakhir kira-kira jam 5.30 petang. Antara aktiviti yang di pertandingkan ialah nyanyian, fashion show dan replika yang digubah daripada barang-barang terpakai seperti botol, kotak dan sebagainya.

SABTU, 24 OGOS- Pada esokkan harinya Persatuan Mahasiswa IUKL-KTA telah mejayakan Daedanhan IUKL ataupun IUKL Family Day. Daedanhan diambil daripada perkataan Korea yang bermaksud hebat. Program tersebut bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama, meningkatkan lagi taraf komunikasi antara siswa dan siswi IUKL, mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar serta meraikan kehadiran pelajar semester 1. Seramai 226 pelajar yang terlibat termasuk ahli jawatan kuasa.

Aktiviti yang berlangsung pada pagi hari tersebut ialah senamrobik yang diketuai oleh Miss Sara dan ahli jawatankuasa yang terlibat. Aktiviti utama ialah Running Man yang merupakan sebuah rancangan dari Korea Selatan yang menunjukkan permainan yang perlu di selesaikan secara berkumpulan. Pelbagai permainan yang dirancang dan peserta perlu melalui 12 checkpoint yang disediakan. Antaranya ialah food relay, zombie, awing-awangan, rain in the sky, connection data, don’t touch me, smast it, hold my water dan banyak lagi.

Pada sebelah malam pula, ucapan daripada Dekan IUKL iaitu Encik Muhammad Adlani Bin Mohd Rosdi dan ucapan perasmian daripada CEO, Dr. Fairol Bin Halim. Aktiviti diteruskan lagi dengan tugasan yang telah diberikan kepada setiap kumpulan. Antara tugasannya ialah lakonan, sketsa rakyat, nyanyian dan tarian serta persembahan daripada juara nyanyian hari kemerdekaan. setelah selesai semua bersembahan, upacara penyampaian hadiah bagi aktiviti yang berlangsung pada petang Jumaat dan aktiviti Running Man dilaksanakan. Majlis tamat pada jam 11.40 malam.
Terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tak langsung dalam menjayakan program ini. Diharapkan program ini dapat diteruskan lagi dimasa akan datang oleh barisan Persatuan Mahasiswa IUKL-KTA yang baru. IUKL Awesome!

Teks: Dayah Yazi
Gambar: Abu Dzar & En. Nizam