Retro Night Gala Dinner IUKL-KTA 2018

27th April 2018 | 2,140 views | 361 photos

16 April 2018, Glory Beach Resort, Port Dickson Negeri Sembilan. Pelajar semester akhir Bachelor of Business Administration iaitu program kerjasama IUKL dengan Kolej Teknologi Alpha telah menjalankan Retro Night Gala Dinner IUKL-KTA 2018. Majlis makan malam yang berkonsep retro ini merupakan acara bagi meraikan dan merakam memori untuk mereka kerana akan menamatkan pengajian tidak lama lagi. Kira-kira kurang sebulan mereka akan menamatkan pengajian iaitu selepas peperiksaan akhir pada minggu ini.

(untuk muaturun gambar saiz besar ini sila right click – save link as )

Apa yang istimewanya, para pelajar ini merupakan kumpulan ‘batch’ pertama program Ijazah Sarjana Muda (BBA) KTA-IUKL. Selepas ini para pelajar ini akan meneruskan sesi praktikal masing-masing di seluruh Malaysia dan akan bergraduasi pada hujung tahun ini atau hadapan. Pejam celik tidak terasa sudah 3 tahun berlalu.

Tahniah dan Selamat Berjaya diucapkan untuk semua!