Red Carpet – Dinner KTA-IUKL 2019

2nd May 2019 | 1,632 views | 502 photos

21 April 2019, d’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan, Seremban. Perjalanan para pelajar semester akhir program BBA KTA-IUKL sudah hampir sampai ke penghujungnya. 3 tahun bukanlah tempoh yang singkat sejak kemasukkan mereka pada 2016 lalu.

Walaupun begitu dalam sekelip mata tanpa mereka sedari kini mereka sudah tinggal beberapa bulan lagi berada di Kolej Teknologi Alpha (KTA), mereka akan menduduki peperiksaan akhir seterusnya mengikuti sesi ‘internship’ masing-masing kemudiannya akan memasuki alam perkerjaan.

 

 

D’Tempat Country Club bergemerlapan dengan kehadiran para pelajar yang rata-ratanya sangat bergaya, kacak, cantik, sedap mata memandang bagaikan bintang-bintang ternama. Betul!, itulah yang berlaku setiap kali acara makan malam di KTA ini. Acara yang diuruskan para pelajar ini selain memberikan kenangan indah terakhir sesama mereka di sini, ia juga merupakan acara dimana mereka memberikan penghargaan kepada para pensyarah dan kakitangan KTA.

Kita biarkan rakaman lensa berbicara dibawah ini.

Kredit gambar : Ahmad Faisal Shah & En. Nizam