Raptai Festival Warna Warni Borneo 2018 (Rehearsal)

19th April 2018 | 699 views | 236 photos

Festival Warna Warni Borneo (FWWB) adalah merupakan acara besar tahunan bagi Kolej Teknologi Alpha (KTA), terutamanya bagi meraikan para pelajar yang berasal dari Sabah dan Sarawak. Pelajar dari Borneo merupakan bilangan ketiga terbesar di kolej ini, bahkan pernah menduduki tempat kedua teramai.

Pada tahun lalu kolej kami agak sibuk dengan beberapa acara besar seperti Konvokesyen dan Kejohanan Masiswa Zon Selatan menjadikan masa untuk FWWB tidak sempat dijalankan seperti tahun-tahun sebelumnya.

Pada tahun ini, Festival Warna Warni Borneo Kolej Teknologi Alpha kembali buat kali keempat (4) dan berlangsung dengan skala mega di pentas utama Pasaraya Mydin Mall Hypermarket Seremban 2 pada Ahad 8 April yang lalu! Kita ikuti dulu rakaman lensa raptai atau ‘rehearsal’ pada malam sebelum acara tersebut!

.