Rakaman Lensa Majlis Konvokesyen Kali Ke-5 Kolej Teknologi Alpha 2018

8th August 2018 | 4,705 views | 909 photos

4 Ogos 2018, merupakan hari yang bersejarah bagi Kolej Teknologi Alpha, Seremban 2, Negeri Sembilan. Hari ini berlangsungnya Majlis Konvokesyen Kolej Teknologi Alpha Kali Ke 5 bertempat di Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan.

Sepintas lalu, sedikit maklumat berkenaan dengan Majlis Konvokesyen yang dijalankan oleh pihak Kolej Teknologi Alpha (KTA) ini. Mungkin ramai yang berasa sedikit hairan mengapa setelah sekian lama KTA wujud, tetapi kini hanya kali ke 5 majlis konvokesyen diadakan walaupun kewujudannya sudah melebihi 10 tahun! Ya, ini kerana program-program yang kami jalankan merupakan program Ijazah adalah merupakan program kerjasama dengan Universiti Awam & Swasta yang lain.

Jadi, sebagai penjelasan, sekiranya program tersebut (sebagai contoh) merupakan program kerjasama KTA dengan Universiti Utara Malaysia (UUM), maka majlis konvokesyennya akan diadakan di kampus induk UUM seperti konvokesyen yang lalu (lihat – Konvokesyen KTA-UUM). Manakala bagi program KTA dan Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL) pula bakal dijalankan di kampus induk IUKL di masa akan datang.

Konvokesyen kali ini pula adalah bagi program kerjasama KTA dengan International University College of Technology (Twintech) yang kebiasaannya juga dijalankan di kampus induk mereka di Kuala Lumpur, tetapi pihak KTA telah memohon daripada pihak IUCTT untuk menganjurkan sendiri acara konvokesyen ini seperti tahun lalu dan bagi meraikan tiga (3) ‘batch’ terakhir pelajar kami bagi program Bachelor Of Business Administration (Hons) In Technology Management juga pada tahun ini. Tidak lupa juga, kami meraikan para pelajar graduan bagi program Diploma Animasi Kolej Teknologi Alpha.

Tahniah kepada hampir 300 orang pelajar program KTA-Twintech & Diploma Animasi yang telah menamatkan pengajian dan bergraduasi dengan jayanya. Terimakasih kepada ibu-bapa yang memberikan kepercayaan kepada KTA dengan menghantar anak masing-masing menuntut ilmu di sini selama 3 tahun. Terima kasih kepada para pensyarah dan kakitangan KTA yang menjayakan majlis ini dengan lancar dan efisien. Terima kasih!

Nikmatilah rakaman lensa dari pihak kami.

.