Rakaman Lensa Konvensyen Hawa Alpha 2017

17th August 2017 | 1,406 views | 428 photos

12 Ogos 2017 bertempat di dewan 170G, Kolej Teknologi Alpha menyaksikan kira-kira 400 orang pelajar perempuan menghadiri Konvensyen Hawa Alpha 2017. Acara ini dibahagikan kepada 2 sesi iaitu pagi dan petang. Acara ini merupakan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama pelajar-pelajar program KTA-IUKL, KTA-Twintech dan Sekolah Multimedia Kreatif.

Acara yang julung-julung kali diadakan ini telah diisi dengan acara bersifat forum yang memfokuskan topik-topik berkaitan wanita, permasalahan, cabaran dan sebagainya juga cara-cara menangani perkara-perkara tersebut. Acara berjalan lancar dan dengan jayanya.

Terima kasih kepada ahli panel forum yang terdiri dari En. Afiq Farhan Bin Mazlan (Pendakwah bebas), Dr.  Fatanah Binti Mohamed (Penceramah bebas) dan En. Azraie Bin Yusof (Pensyarah undang-undang KTA). Tidak lupa juga kepada moderator forum, En. Adlani Rosdi.

 

.