Bachelor of Business Administration (Hons) in Technology Management

BBA Hons Tech Mgmt TWINTECH [KPT(JPS)600-03/976(46) MQA/A8685]

PENGENALAN

Program ini adalah kerjasama antara Twintech dengan Kolej Teknologi Alpha.

kta-twintech

Objektif
Tujuan program diadakan adalah untuk melahirkan lebih ramai graduan yang berkualiti yang sudah tentu permintaannya ada oleh syarikat-syarikat antarabangsa. Melalui program ini, pelajar berupaya untuk memahami pengetahuan asas berhubung pengurusan teknologi, memperolehi pandangan berhubung amalan pengurusan dan teknologi dan arah haluannya di masa hadapan. Selain itu, pelajar akan memperolehi faedah daripada pengajian mereka ini dengan aplikasi terus konsep-konsep yang dipelajari ke dalam persekitaran pekerjaan. Graduan dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang relevan yang mana akan membuahkan kejayaan kerjaya mereka sama ada di dalam pengurusan awam, pengurusan swasta atau pengurusan badan-badan kerajaan. Ia juga akan menjadikan seseorang graduan itu terlatih dan bermotivasi seperti yang dikehendaki oleh institusi lainnya.

Kerjaya
Program BBA (Hons) Technology Management ini direkabentuk sebegitu untuk memenuhi keperluan masa depan pengurusan, pengurusan profesional dan pengurusan bukan profesional dengan setiap tangungjawab pengurusan – pada setiap tahap kerjaya seseorang graduan. Setelah menamatkan pengajian ini, graduan dijangkakan akan berkhidmat di dalam profesion pengurusan yang berbeza-beza bidangnya. Sebagai contoh seperti perunding, jabatan kerajaan, journalis, penyelidik, pendidikan dan pengurusan itu sendiri. Sebagai langkah kehadapan ke arah kelayakan akademik yang lebih tinggi graduan boleh meneruskan pengajian mereka dalam bidang Pengurusan Teknologi dan Pengurusan Perniagaan.

Maklumat lanjut di : Twintech

Nota : Kolej Teknologi Alpha telah menghentikan pengambilan pelajar baru bagi program ini sejak tahun 2016. 

© 2017 Hak Cipta Terpelihara Kolej Teknologi Alpha. Dengan melayari web ini anda adalah bersetuju terma dan syarat pihak kami.