Program Welcome Into The Family KTA-IUKL

31st July 2017 | 217 views | 71 photos

15 Julai 2017, Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa IUKL dan Unit Pembangunan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) Kolej Teknologi Alpha (KTA) telah mengadakan Program Welcome Into The Family. Semua pelajar semester satu (95 peserta), dari program IUKL terlibat dengan program ini. Seramai 10 orang fasilitator daripada badan MPP dan Persatuan Mahasiswa IUKL turut membantu menjayakan program ini.

Penasihat program En. Mohamad Shakir bin Ahmad berkata program seperti ini dapat meningkatkan keyakinan peserta untuk berkomunikasi, menajamkan pemikiran mereka, membantu membina hubungan sesama mereka dengan lebih baik dan melatih peserta dan fasilitator menjadi pemimpin yang hebat. Peserta turut memberi komitmen yang baik dan program berjalan dengan begitu lancar sekali.