Program ‘Tautan Kasih’ Bersama Gelandangan Bangsar Kuala Lumpur
6th September 2018 | 277 views | 48 photosAhad, 26 ogos 2018 bermula jam 8.30 pagi- 7.00 petang. Bangsar, Kuala Lumpur.
Kelab sukarelawan ACT telah menganjurkan sebuah program amal dengan kerjasama (NGO) Dapur Jalanan Kuala Lumpur. Lawatan bermula pada sebelah pagi ke Pasar Seni dan Muzium 3D. Seterusnya, bergerak ke Bangsar untuk membuat persediaan penyediaan makanan di kediaman milik NGO DJKL. Penyediaan makanan telah dibuat oleh ahli kelab sukarelawan dan sukarelawan Dapur Jalanan Kuala Lumpur (DJKL).
Tepat jam 5.00 petang, para ahli sukarelawan dan ahli DJKL bergerak ke Jalan Panggung bagi membuat persediaan pengagihan makanan dan sedikit sumbangan hasil dari kutipan amal warga kolej dan sekitar. Jam 6.00 petang, pengagihan makanan bermula, kita telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Jamaliah Jamaluddin yang telah memenangi kawasan Bandar Utama. YB Jamaliah Jamaluddin merupakan antara ahli yang terlibat bersama dengan NGO Dapur Jalanan Kuala Lumpur.
Teks dan Gambar oleh :
Nor Farahin Aeirin Binti Mahazan
Exco Multimedia Kelab Sukarelawan Kolej Teknologi Alpha
Sukarelawan ACT – Home | Facebook
Dapur Jalanan Kuala Lumpur – Home | Facebook
.