Program Sukarelawan Ke Rumah Seri Kenangan Cheng Melaka

7th March 2018 | 266 views | 59 photos

Sabtu 3 Mac 2018, peserta terlibat ialah Kelab Sukarelawan Kolej Teknologi Alpha (KTA), Kelab Mencari Keberkatan, Bahagian Hal Ehwal (HEP) KTA, pasukan RELA dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pada pukul 7.00 pagi lagi ahli-ahli kelab sukarelawan telah berkumpul untuk menyediakan makanan dan mengumpul semua sumbangan yang diterima. Pada pukul 8.30 pagi kami mula bertolak ke Rumah Seri Kenangan dan tiba pada pukul 9.30 pagi.

Pukul 10 pagi aktiviti mula berjalan seperti dirancang di mana taklimat awal diberikan oleh pihak Rumah Seri Kenangan antaranya seperti sejarah asal usul tempat, bilangan wad dan sebagainya.

Acara permainan bermula sekitar jam 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi di mana permainan Pop Yeh Yeh, gula dalam tepung, minum air dan makan buah. Syukur, permainan ini sedikit sebanyak dapat menarik minat penghuni di situ.

Setelah tamat acara permainan kami telah bersama-sama menyediakan makanan kepada para penghuni dengan melayan berbagai karenah dan gelagat mereka membuatkan kami lebih penuh minat untuk mendalami hati-hati mereka.

Setelah selesai makan, sekitar jam 12.30 hari kami memulakan sesi lawatan sambil bermesra dengan para penghuni. Pelbagai perasaan yang hadir dalam hati kami, terdapat juga yang ketawa dan sedih. Para penghuni juga merasakan perasaan yang sama. Mereka mengharapkan kami lebih lama bersama mereka bahkan tidak mahu kami pulang.

Sekitar jam 2 petang majlis selesai dan kami bergambar bersama-sama sebagai kenangan.

Disediakan oleh :
Tajul Maulud Bin Yaakob
Penasihat Kelab Sukarelawan Kolej Teknologi Alpha.