Program Motivasi Semarak Api Oktober 2018

5th October 2018 | 30 views

02 Oktober 2018, para pelajar semester satu dan tiga Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian (BCOM) dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Dengan Kepujian (BBA) Universiti Utara Malaysia telah menghadiri Program Motivasi Semarak Api.

Program yang dianjurkan oleh Pegawai HEP, Mohamad Shakir Bin Ahmad mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan jumlah penyertaan seramai 136 peserta.

Penceramah program ini iaitu Datuk Dr. Ahmad Faiz bin Abdul Hamid menekankan empat asas utama untuk menjadi pelajar cemerlang. Asas kecemerlangan ini adalah merujuk kepada peluang, motivasi, usaha dan kecekalan. Dengan adanya empat asas ini, pelajar yang mengaplikasinya dengan betul tentu akan dapat mencapai kejayaan. Penceramah turut menekankan kepentingan kemahiran insaniah selain pencapaian akademik untuk pelajar dapat berdaya saing dalam dunia perkerjaan kelak.