Program Latihan Simulasi 2019

16th October 2019 | 133 views

Program ini bertujuan menyiapkan diri pelajar supaya menjadi pengurus yang cakna dengan pelbagai idea yang baru, teknik serta konsep yang boleh diaplikasikan dalam pekerjaan profesional.Pelbagai latihan simulasi yang dipersembahkan selama 30 minit oleh pelajar pelajar Kolej Teknologi Alpha. Antaranya ialah latihan pengurusan perhotelan, masakan dan lain lain. Sesi latihan simulasi ini memberi pendedahan yang lengkap kepada pelajar supaya dapat bersedia dengan masalah yang bakal dihadapi dalam dunia pekerjaan sebenar.