Program Klinik Solat – Jom Rawat Solat Kita

29th March 2017 | 372 views

Pada 26 Mac 2017 Ahad, Unit Pembangunan Sahsiah Pelajar Bahagian Hal Ehwal Pelajar KTA telah menganjurkan Program Klinik Solat “Jom Rawat Solat Kita”.

Tuan Muhammad Mustaqim Bin Tuan Cob, Pegawai Tadbir HEP KTA adalah selaku pengarah program kali ini. Program ini telah diadakan di Surau Al-Hidayah KTA.

Seramai 92 orang pelajar daripada semester 2 Program Pentadbiran Perniagaan IUKL telah menyertai Program Klinik Solat ini.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada penceramah dan fasilatator yang sudi meluangkan masa untuk program ini.

Ustaz Muhammad Adlani Bin Mohd Rosdi & Ustaz Mohamad Bin Hamthan selaku penceramah. Muhammad Amin Bin Ali Azhar, Nurul Hidayah Binti Muhamad Nur, Nur Shafaainaa Binti Muhammad Yunus & Nur Ainun Jariah Binti Mohamad selaku fasilatator.