PR Week : Feed And Care Homeless

16th May 2019 | 465 views | 395 photos

26 April 2019, Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur. Program ini adalah anjuran pelajar semester 6 BBA-UUM, Kolej Teknologi Alpha, Seremban 2 Negeri Sembilan dengan kerjasama Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur. Program ini dinamakan sebagai  “Feed And Care Homeless – One Love Of A Million Hope”. Seramai 48 orang yang membantu menjayakan program ini yang terdiri daripada ahli kumpulan, rakan rakan kuliah serta pensyarah. Objektif program ini ialah untuk meningkatkan kesedaran pelajar dan masyarakat terhadap golongan kurang bernasib baik dan mewujudkan hubungan yang baik diantara organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, dimana pada masa yang sama meningkatkan nama semester 6 Bachelor of Business Administration (BBA Hons), UUM Kolej Teknologi Alpha.

Program Gelandangan KL

Selain itu bertujuan menyediakan peluang kepada pelajar untuk membentuk jati diri yang baik dan mewujudkan rasa simpati serta empati di kalangan mereka. Tambahan, pelajar mempunyai peluang untuk berhubung dengan komuniti kurang bernasib baik ini untuk mengetahui sebab sebenar keadaan sedemikian. Selain itu, berharap kehadiran kami ini akan memberikan satu pengalaman manis buat. Akhir sekali berharap usaha seperti ini menjadi inspirasi buat pelajar dan masyarakat untuk meneruskan amalan membantu insan yang kurang bernasib baik.
Bagi memeriahkan program, kami bukan hanya memberi sumbangan makanan dan pakaian, tetapi kami turut menyediakan khidmat potong rambut, slot busking dan, karaoke serta pemeriksaaan kesihatan.

Di kesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada yang membantu menjayakan program ini, terutamanya Puan Dayah Bakar yang hadir menyokong dan memeriahkan program kami. Pengarah Urusan Kolej Teknologi Alpha, Dr Fairol Bin Halim, Pensyarah dan penasihat program, Puan Zaiton Binti Talib yang sentiasa menyokong dan memberi tunjuk ajar kepada kami dari mula hingga akhir program. Tidak lupa juga penghargaan kepada Pusat Transit Gelandangan yang memberi kerjasama menjayakan program ini. Pihak penaja Ducth Lady Malaysia, Mansa Ambulance Kuala Lumpur, Oblong Burger, Rohaz Secret dan Skuandron Wataniah RSD ke-3 Infantri.

Nikmati rakaman lensa oleh Mohamad Nor Ayub di bawah ini :