PR Week : Empower Entrepreneur 2019

8th May 2019 | 1,790 views | 1033 photos

Pada tanggal 22 April 2019 yang lalu, telah berlangsungnya program “Empower Entrepreneur” berkolaborasi dengan Persatuan TUNAS Usahawan Negeri Sembilan (TU9) dengan gilang-gemilang bertempat di Zemi Qaseh Hall, Seremban 2. Majlis berlangsung tepat jam 9.00 pagi. Program telah dihadiri oleh seramai 300 orang termasuk pelajar-pelajar Kolej Teknologi Alpha dan orang awam yang berdekatan dengan sekitar Seremban 2.

Majlis turut dihadiri oleh Yang Berbahagia En. Zulkarnain bin Mohd Zaki, merangkap Ahli Majlis Perbandaran Negeri Sembilan. Yang Berbahagia Puan Winie Suri. Ketua Pengarah Urusan Kolej Teknologi Alpha sendiri, Dr Fairol bin Halim diiringi oleh Pn. Zaiton binti Hj. Talib selaku pensyarah Perhubungan Awam merangkap penasihat program.

Tetamu undangan daripada Persatuan TUNAS Usahawan Negeri Sembilan (TU9), wakil En. Muhammad Hariz Asyraf bin Mohd Azmi, Nur Nabila binti Mohd Fadzil dan Khairul Najib bin Asrulah Khan. Selain itu, tetamu khas kami iaitu Tuan Carl Samsudin & Puan Belle Al Yahya. Turut hadir memberi sokongan ialah para pensyarah yang terlibat mengajar pelajar semester enam (BBA) dan empat (BCOM).

Program “Empower Entrepreneur” telah memberi kesan yang positif kepada para tetamu yang hadir. Seterusnya meningkatkan semangat kepada para usahawan.

Kredit gambar : Ahmadi Asri, Razimin Razek, Mohamad Nor Ayub, En. Nizam