PR Week – BCOMM Image Corporate Grooming (Hari Kedua)

25th November 2016 | 1,414 views

17 November 2016, Hari kedua PR Week yang dianjurkan oleh pelajar dan pensyarah program Bachelor of Communication (BCOMM) iaitu program kerjasama Kolej Teknologi Alpha dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Hari kedua ini bertemakan “Image Corporate Grooming” dimana para pelajar didedahkan pelbagai perkara berkaitan dengan etika berpakaian, cara berkomunikasi, dan pelbagai lagi hal-hal yang berkaitan dengan cara-cara berkomunikasi samada secara terus atau secara tidak langsung.

Acara yang menarik dan penuh informasi ini berjalan sepanjang hari di kelolakan oleh Puan Raihan Abdul Rahman, iaitu seorang Perunding Imej dan HRDF Trainer yang bertauliah. Program ini merangkumi;

  • Grooming
  • Social & Profesional Ethics
  • Personality & Profesional Images
  • Social Ethics & Profesional

Semoga para pelajar dapat memanfaatkan dan mengamalkan segala ilmu yang dipelajari.