PR Week – BComm Career Path (Hari Pertama)

24th November 2016 | 2,182 views

16 November 2016, Kolej Teknologi Alpha Seremban 2. PR Week yang dianjurkan oleh pelajar dan pensyarah program Bachelor of Communication (BCOMM) iaitu program kerjasama Kolej Teknologi Alpha dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Program yang dijalankan selama 4 hari bermula dari 16 hingga 19 November ini mempunyai pelbagai pengisian berbeza pada setiap hari. Bagi hari yang pertama ini, ia dikhususkan kepada ‘Carier Path’ atau Laluan Kerjaya.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, seterusnya ucapan dari Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Teknologi Alpha, Dr. Hamzaid Yahya. Beliau kemudiannya merasmi dan melancarkan acara ini.

Pada sesi sebelah pagi, penganjur telah memanggil 2 tokoh besar bagi menyampaikan ucapan yang merupakan ilmu, tips, panduan dan sebagainya kepada para pelajar yang terlibat. Mereka ialah,

  • ” Corporate Communication Talk”
    Tuan Syed Anuar Bin Syed Ali
    Senior VP/Head of Group Corporate Communication & Marketing, AM Bank Group
  • “Journalism Talk”
    Datuk Dr. Ibrahim Yahaya (DMSM, PMW, PJK)
    Setiausaha Akhbar kepada YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Turut berlangsung ialah sesi soal jawab dengan tokoh-tokoh tersebut.

Sesi sebelah petang pula menyaksikan “Broadcasting and Film Forum” yang menyaksikan perkongsian pendapat dan pengalaman dari;

  • Dr. Wan Maharuddin Bin Wan Sulaiman
    (Penerbit TV3 dan NTV7 – Kini merupakan dekan program BCOMM KTA-UUM)
  • Syed Zulkifli Bin Syed Masir
    ( Pengarah, Penulis, Penerbit Filem – Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) )