Pertandingan Pidato Alpha 2018

20th March 2018 | 624 views | 351 photos

Pertandingan Pidato Alpha 2018 yang julung kalinya telah dianjurkan oleh Unit Kaunseling Kolej Teknologi Alpha  pada 10 Mac 2018 (Sabtu) di Dewan 132-G Kolej Teknologi Alpha. Program ini telah disertai oleh seramai 35 orang pelajar dari jurusan BBA UUM, BCOM UUM dan IUKL.  Objektif pertandingan ini diadakan untuk mencungkil bakat para pelajar di dalam bidang pidato dan melahirkan  sifat daya saing yang positif di kalangan pelajar. Saringan bagi pertandingan pidato telah diadakan selama 2 hari bermula pada 6 Mac (Selasa)  dan 7 Mac 2018 (Rabu) . Seramai 12 orang peserta telah dipilih dan layak ke Pertandingan Akhir Pidato Alpha 2018.

Johan Pertandingan Pidato Alpha 2018 telah dimenangi oleh Saudara Ibrahim Bin Buang, pelajar dari semester 4 Bcom diikuti naib johan oleh Saudari Aisah Binti Nordin. Pelajar semester 6 BBA UUM dan tempat ketiga telah dimenangi oleh Saudara Muzzaffmil Bin Mahmud, pelajar semester 3 BCOM UUM. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Alpha, Dr. Hamzaid  Bin Yahya. Sekalung tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah Berjaya.

Nota : Gambar-gambar dibawah bermula dari acara saringan hari pertama dan hari kedua, seterusnya gambar peringkat akhir (10 April 2018). Walau bagaimanapun, maaf gambar pada saringan hari kedua tidak dapat dimuatnaik sepenuhnya kerana kerosakan data pada kad memori kamera DSLR. Kredit gambar : En. Nizam dan Noraiman Fazli Saidin.