Pertandingan Karate Anjuran Kolej Teknologi Alpha Kali Ke-5

26th March 2018 | 602 views | 414 photos

SEREMBAN, 11 MAC 2018 – Persatuan Kelab Karate Kolej Teknologi Alpha telah menganjurkan satu pertandingan Karate Anjuran Kolej Teknologi Alpha Kali Ke-5 yang bertempat di dewan LPPKN Seremban 2. Majlis ini julung-julung kalinya diadakan di dewan LPPKN. Sebelum ini pertandingan karate anjuran Kolej Teknologi Alpha pernah diadakan di pasaraya besar Mydin Seremban 2, Kompleks Sukan di Paroi dan Stadium Hoki, Seremban 2.

 

Majlis ini telah bermula seawal pukul 9 pagi dan telah dirasmikan sendiri oleh iaitu Encik Awangku Khairil Bin Awangku Shamsuddin yang merupakan Pegawai Tadbir, Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Majlis ini telah diketuai oleh Mohd Sharul Nizam Bin Zamrul yang juga merupakan pelajar dan ahli kelab Karate Kolej Teknologi Alpha. Ahli-ahli jawatan kuasa juga terdiri daripada pelajar-pelajar dan ahli kelab Karate Kolej Teknologi Alpha.

Ketika majlis ini berlangsung semua ajk-ajk yang terlibat telah menjalankan tugas mereka seperti yang telah ditetapkan. Walaupun terdapat sedikit masalah teknikal ketika majlis ini berlangsung. Namun ianya berjaya di atasi dan majlis telah berjalan dengan lancar sehingga ke akhir majlis.

Pihak Kafe@teen di bawah LPPKN merupakan salah satu penaja utama pertandingan. Ketika majlis ini berlangsung pihak Kafe@teen turut mengambil peluang dengan mengadakan pameran untuk menarik minat golongan remaja terutamanya yang berusia 13 hingga 24 tahun untuk berkunjung ke Kafe@teen.

Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu Kata dan Kumite. Selain itu, sebanyak 36 acara telah dipertandingkan dan sebanyak 70 penyertaan telah berjaya diterima daripada 5 buah dojo yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur, Seremban dan Melaka.

Bagi memeriahkan lagi majlis ini turut dihadiri oleh CEO Kolej Teknologi Alpha iaitu Dr. Hamzaid Bin Yahya dan Pengerusi Persatuan Karate-Do Shinto-Ryu Malaysia iaitu Encik Chanthiran A/L K.K.Velu. Kelab karate Kolej Teknologi Alpha berharap pertandingan seperti boleh menjadi salah satu acara tahunan yang diadakan oleh pihak Kolej Teknologi Alpha. Majlis ini telah berakhir kira-kira jam 6 petang.

Teks oleh : Norsafi Atira Binti Abd Wahid – Persatuan Kelab Karate Kolej Teknologi Alpha