Pengenalan

Latar Belakang Pemilik Kolej Teknologi Alpha

drsmallDr. Hamzaid Yahya, Ketua Eksekutif & Pengarah Syarikat Mendapat pendidikan peringkat tinggi di Univesiti Malaya dalam bidang Ekonomi. Meneruskan pengajian peringkat Sarjana di East Anglia University, UK dan PhD di Washington State University, USA. Berpengalaman luas dalam bidang ekonomi. Sentiasa menjadi sumber rujukan memberikan pandangan tentang sesuatu isu ekonomi.

Berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak 1975 sehingga 1996. Sepanjang perkhidmatan di UKM pernah dilantik memegang beberapa jawatan termasuklah Ketua Jabatan Analisis Ekonomi dan Ahli Senat. Menceburkan diri di bidang pendidikan tinggi swasta sebagai Ketua Eksekutif, Kolej Yayasan Melaka bermula tahun 1997 sehingga 2006. Mengambil alih jawatan Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Alpha pada Januari 2007. Pernah menjadi Ahli Hakim Mahkamah Syariah, Melaka (2000-2001).

Kolej Teknologi Alpha yang nama asalnya Institut Pujangga telah ditubuhkan pada Mei 1997 di bawah Pujangga Sari (M) Sdn. Bhd. yang telah diperbadankan pada 28hb. April 1997. Walau bagaimanapun, kelulusan penubuhannya oleh Jabatan Pendidikan Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia telah diperolehi pada 23 Jun 1998 (No. Ruj.: KP(JPS)5195/IPTS/976(13). Nama asalnya ialah Institut Pujangga. Perubahan nama telah dibuat sebanyak dua kali iaitu pada November 2000 (Institut Pengurusan Pujangga) dan pada tahun 2005 (Kolej Teknologi Alpha).

Kolej Teknologi Alpha adalah milik Syarikat Bumiputera (Pujangga Sari [M] Sdn. Bhd) sepenuhnya dan InsyaAllah akan kekal sebagai milik Bumiputera. Buat masa ini, Alpha College of Technology ditempatkan di Lot 162, 168-173 Jalan S2B3 Green Technology Park, Seremban 2.

ramai

© 2017 Hak Cipta Terpelihara Kolej Teknologi Alpha. Dengan melayari web ini anda adalah bersetuju terma dan syarat pihak kami.