Mysterious Night Dinner – Eagle Ranch Resort Port Dickson 2018

8th May 2018 | 1,302 views | 327 photos

Sabtu 5 Mei 2018, Bertempat di Eagle Ranch Resort Port Dickson Negeri Sembilan, para pelajar semester akhir Bachelor Of Communication program kerjasama Kolej Teknologi Alpha (KTA) dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) menjalankan majlis makan malam yang dinamakan, Pre-Graduation Dinner By Semester 7 BCOM – Mysterious Night.

*right click (atau tap hold) Save link as untuk file skala mega )

Bermula seawal jam 3 petang, para pelajar telah berada di sana dan menjalankan beberapa aktiviti seperti sukaneka dan lain-lain lagi. Menjelang malam hari, acara dimulakan pada kira-kira jam 8.00 malam.  Dekan Fakulti Komunikasi KTA, Dr. Wan Maharuddin Wan Sulaiman menyampaikan ucapan dan amanat kepada para pelajarnya yang akan menghadapi peperiksaan akhir tidak lama lagi, seterusnya akan mengikuti latihan praktikal selama empat bulan di tempat pilihan masing-masing. Selesai sesi latihan praktikal, mereka akan berkonvokesyen di kampus induk UUM Sintok Kedah pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

Seterusnya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kolej Teknologi Alpha, Dr. Hamzaid Yahya pula memberikan ucapan dan kata-kata semangat untuk para pelajar. Majlis diteruskan lagi dengan pelbagai persembahan pentas sementara para tetamu dan pelajar menikmati hidangan-hidangan yang disediakan.  Sesi bermaaf-maafan sesama tenaga pengajar dan pengurusan, juga sesama pelajar dan seterusnya sesi fotografi secara rasmi menutup tirai majlis makan malam tersebut.

Para pelajar seterusnya menginap di sana dan pada keesokkan paginya masih ada beberapa aktiviti yang telah dirancang.

Tahniah para pelajar semua! Kami doakan anda semua berjaya dan cemerlang di masa akan datang!