Mayor Vacay Party Dinner – D’Mas Villa

25th June 2019 | 330 views | 287 photos

20 Jun 2019,  D’Mas Villa, Pangsun, Hulu Langat Selangor. Para pelajar semester akhir Bachelor Of Communication program kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan Kolej Teknologi Alpha (KTA) telah menganjurkan majlis makan malam yang dinamakan Mayor Vacay Party bagi meraikan tamat peperiksaan akhir mereka juga meraikan tenaga pengajar dan kakitangan kolej.

Majlis berlangsung di Villa percutian tersebut dari awal petang hinggalah ke lewat malam, menyaksikan pelbagai acara dan persembahan yang dijalankan sambil menikmati makan malam yang dihidangkan. Para pelajar ini seterusnya akan mengikuti sesi praktikal atau ‘internship’ selepas ini dan terus memasuki alam pekerjaan. Jika tiada aral melintang mereka akan berkonvokesyen di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah pada penghujung tahun ini. Kami doakan anda semua berjaya dalam alam pekerjaan anda selepas ini, terima kasih kerana bersama-sama kami Kolej Teknologi Alpha selama ini.

Kredit Gambar : Suhailah Shahrudin