Majlis Restu Ilmu KTA-IUKL 2019

25th April 2019 | 622 views | 150 photos

18 April 2019, Kolej Teknologi Alpha, Seremban 2. Majlis Restu Ilmu dan Bacaan Yasin merupakan rutin yang dijalankan oleh para pelajar kami di sini. Bacaan Yasin telah berjalan pada malam sebelumnya di surau kolej, Surau Al Hidayah bagi pelajar yang beragama Islam. Majlis restu ilmu yang bersifat spiritual ini adalah bagi mendapatkan keberkatan dan ketenangan hati para pelajar kami yang akan menghadapi peperiksaan akhir mereka tidak lama lagi.

Selain dari tujuan spiritual di atas, ia juga merupakan antara cara merapatkan hubungan (bonding method) antara para pelajar dengan tenaga pengajar. Ternyata berjaya memberi sedikit sebanyak kesan positif sejak ia dijalankan beberapa tahun lalu samada dari pihak pelajar dan pensyarah mereka. Bagi pelajar tahun akhir pula, selesai sahaja peperiksaan semester terakhir mereka ini, mereka akan memasuki fasa ‘internship’ di syarikat-syarikat pilihan masing-masing.

Majlis yang bermula dengan bacaan doa, dituruti dengan ucapan dari Pengarah Urusan KTA seterusnya penyampaian sijil penghargaan kepada para pelajar. Ucapan dan amanat dari setiap tenaga pengajar dan kakitangan berkaitan menambahkan lagi semangat para pelajar untuk memberikan yang terbaik. Majlis berakhir dengan sesi bersalam-salaman.