Majlis Makan Malam Pra Graduasi BCOMM KTA-UUM 2017

23rd January 2018 | 1,852 views | 426 photos

13 Disember 2017, Klana Resort Seremban menyaksikan para pelajar semester akhir program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi iaitu program kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan Kolej Teknologi Alpha. Para pelajar ini adalah merupakan ‘batch’ pertama bagi program ini menjadikan mereka sebagai perintis bagi Kolej Teknologi Alpha khususnya.

Muhammad Hamzah Razali selaku ketua pengarah projek bagi Majlis Makan berkata, majlis yang bertemakan tradisional dan gembira kerana majlis berjalan dengan jayanya hasil kerjasama semua pihak rakan-rakan juga pihak kolej.

Majlis dibuka dengan bacaan doa, seterusnya ucapan dari ketua pengarah projek. Di ikuti dengan ucapan dari Dr Wan Maharuddin Hj Wan Sulaiman yang merupakan Dekan program Ijazah Komunikasi di Kolej Teknologi Alpha. Majlis diteruskan dengan ucapan dari Dr. Hamzaid Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Teknologi Alpha yang lebih mesra di panggil sebagai Abah oleh pelajar kolej.

Sambil menjamu selera, para tetamu juga dihidangkan dengan pelbagai persembahan pentas dari para pelajar semester akhir, bahkan dari beberapa semester lain dan persatuan-persatuan yang turut menyumbang. Antara persembahan ialah nyanyian, tarian, lakonan dan diselang-selikan dengan cabutan bertuah sehinggalah majlis berakhir hampir jam 12 malam.

Jangan lupa tonton juga video acara ini di sini : Majlis Makan Malam Pra Graduasi   ( youtube link)