Majlis Ikrar Pelajar Baharu KTA-IUKL Sesi Januari 2018 & Anugerah Pelajar Cemerlang

6th February 2018 | 1,729 views | 225 photos

Kolej Teknologi Alpha Seremban 2 menyaksikan para pelajar baharu Bachelor of Business Administration (HONS) iaitu program kerjasama Kolej Teknologi Alpha (KTA) dengan Infrastruktur Universiti Kuala Lumpur (IUKL).  Majlis Ikrar ini berlangsung pada Khamis 1 Februari 2018. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Kolej Teknologi Alpha, diikuti dengan lagu IUKL.

Majlis dibuka dengan bacaan doa, seterusnya disambung dengan ucapan dari CEO KTA, Dr. Hamzaid Yahya, diikuti oleh ucapan mewakili IUKL dari Puan Nur Zulaikha Binti Samsudin,  Head of Department, Business & Management Department, Faculty of Business and Accounting IUKL.

Selesai ucapan, upacara ikrar pelajar baharu mengambil tempat. Kira-kira 50 orang pelajar baru melafazkan ikrar dan janji mereka diketuai oleh saudara Junichelle John dengan penuh semangat. Selamat datang para pelajar ke keluarga Alpha & IUKL!

Majlis diteruskan lagi dengan Anugerah Pelajar Cemerlang bagi semester yang lalu. Kali ini majlis menyaksikan bilangan pelajar yang mendapat anugerah dekan meningkat naik, begitu juga pencapaian keseluruhan pelajar juga bertambah baik. Tahniah buat tenaga pengajar dan pelajar yang terlibat.

Akhir sekali, semua hadirin berdiri dan menyanyikan lagu Negaraku dan bersurai.