Majlis Ikrar Pelajar Baharu & Anugerah Kecemerlangan KTA-IUKL 2018

7th August 2018 | 614 views | 236 photos

3 Ogos 2018, para pelajar baharu bagi program Bachelor of Business Administration (BBA) kerjasama Kolej Teknologi Alpha (KTA) dengan Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL) mengambil tempat di dewan 132G, Kolej Teknologi Alpha, Seremban 2 Negeri Sembilan. Majlis menyaksikan para pelajar sesi kemasukan Julai 2018 berhimpun dan melafazkan ikrar dihadapan tenaga pengajar KTA juga delegasi dari pihak IUKL induk.

Majlis diteruskan ucapan dari pihak KTA dan wakil dari IUKL, disusuli pula dengan penyampaian anugerah kecemerlangan pelajar bagi sesi semester yang lalu. Tahniah buat pelajar-pelajar yang berjaya mendapat anugerah kecemerlangan di atas usaha anda yang berterusan! Tahniah juga buat para pelajar baharu, selamat datang ke keluarga Kolej Teknologi Alpha!