Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik KTA-UUM dan Diploma Animasi 2018

25th April 2018 | 304 views | 231 photos

13 April 2018, Kolej Teknologi Alpha Seremban 2. Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik bagi para pelajar program Ijazah Sarjana Mudah Pengurusan Perniagaan KTA-UUM, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi KTA-UUM dan juga Diploma Animasi menyaksikan lebih 200 orang pelajar menerima anugerah Dekan buat kali ini.

Majlis dimulakan dengan lagu Negaraku diikuti dengan lagu rasmi kolej seterusnya dibuka dengan bacaan doa.  Kemudian Dr. Hamzaid Yahya selaku CEO KTA menyampaikan ucapan dan seterusnya menyampaikan sijil kecemerlangan kepada para pelajar diiringi oleh dekan setiap program tersebut.  Tahniah buat para pelajar semua!