Pertandingan Lukisan Sekolah-Sekolah Menengah Malaysia 2018

Ya! Acara tahunan ini kembali lagi!. Pertandingan Lukisan Sekolah-Sekolah Menengah Malaysia dianjurkan oleh Sekolah Multimedia Kreatif (Cream), Kolej Teknologi Alpha (KTA) adalah merupakan satu acara tahunan. Pada tahun 2018 ini, ia merupakan kali ke-4 ia dijalankan.Harapan kami, ia mampu membuka peluang kepada anda semua kerana Seni Kreatif & Visual itu merupakan satu industri besar yang bersifat global.

TEMA LUKISAN

Pada tahun ini, pihak kami telah memilih tema;

“PERAYAAN & KEBUDAYAAN DI MALAYSIA”

Negara Malaysia yang kita cintai ini adalah sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian bangsa, kaum, agama, kebudayaan dan sebagainya. Penyatuan budaya dan sosial yang berkurun lamanya di antara bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Iban dan lain-lain telah melahirkan masyarakat Malaysia berbilang kaum yang hidup dalam harmoni.

Pelbagai perayaan, sambutan tradisi dan aktiviti kebudayaan telah disambut sepanjang tahun. Kebudayaan bermaksud satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu yang meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, agama, kepercayaan dan adat resam. Anda bebas untuk melukis sebarang Perayaan & Kebudayaan di Malaysia yang menjadi pilihan anda.

PARA PESERTA DIKEHENDAKI MELUKIS

– Sekurang-kurangnya 4 FIGURA yang sedang beraksi
– Peserta boleh memilih salah satu samada perayaan atau pun kebudayaan ATAU kedua-duanya sekali dalam lukisan tersebut.
– Situasi mesti jelas menampakkan ia merupakan satu Perayaan atau Kebudayaan yang berlaku di Malaysia.
– Lukisan bersifat POSTER yang mengandungi komposisi gambar serta huruf AKAN DITOLAK.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

– Terbuka kepada semua pelajar tingkatan 3, 4, 5, dan 6.
– Lukisan hendaklah dihasilkan di atas KERTAS BERSAIZ A3 (29.7cm x 42cm)
– Medium lukisan adalah bebas dan berwarna.
– ‘Digital painting’ tidak dibenarkan.
– Lukisan adalah asli dilukis oleh pelajar sendiri dan disahkan ketulenannya oleh pihak sekolah.
– Setiap lukisan penyertaan MENJADI HAK MILIK Sekolah Multimedia Kreatif, Kolej Teknologi Alpha dan pihak penganjur berhak menggunakan maklumat peserta bagi tujuan promosi.
– Pihak penganjur berhak meminda sebarang peraturan dan syarat pertandingan tanpa sebarang notis.
– Keputusan pengadil adalah muktamad.

* Sijil penyertaan akan diberikan kepada penyertaan yang mencapai tahap kualiti tertentu juga mengisi borang dengan lengkap terutamanya alamat surat-menyurat.

Perjalanan Pertandingan

  • 1 MAC 2018 : Tempoh masa penerimaan penyertaan bermula
  • 30 APRIL 2018 : Tarikh tutup penyertaan
  • 5 MEI 2018 : Penjurian Bermula
  • 10 MEI 2018 : Pilihan 100 Penyertaan Terbaik Di War-Warkan
  • 24 MEI 2018 : Penjurian Tamat
  • 25 MEI 2018 : Keputusan Pemenang
  • 30 JUN 2018 : Majlis Penyampaian Hadiah*
  • 1 JULAI 2018 : Sijil mula diedarkan

*Majlis Penyampaian Hadiah tertakhluk kepada pindaan & perubahan berdasarkan keadaan.

Borang dan penghantaran!

Tahun ini kami menggalakkan anda mengisikan borang secara online bagi mengelakkan kesilapan data yang kerap berlaku sehingga sijil yang kami hantar tidak sampai kepada anda. Kerapkali ini berlaku mengakibatkan kos yang tinggi bagi pihak kami untuk menghantar kembali sijil penyertaan.

  1. Isikan borang secara online. Penting: pastikan email anda adalah email yang sah!
  2. Selesai borang diisi sepenuhnya tekan hantar.
  3. Satu salinan borang penyertaan akan dihantar kedalam email anda. (periksa juga spam folder jika tiada di dalam inbox)
  4. Cetak salinan tersebut dan tampalkan dibelakang lukisan yang akan dipos kepada pihak kami.

Pendaftaran telah ditutup

 

Namun begitu kami menyediakan juga sijil untuk di muaturun untuk cetakan. Pastikan anda memberikan kerjasama dengan mengisi borang tersebut sejelas dan setepat mungkin. Sekiranya masih ada tulisan di borang yang mengelirukan dan tidak jelas, maaf, mungkin sijil tidak akan dihantar atau tidak sampai kepada anda. TIADA lagi sijil gantian yang akan kami keluarkan bagi pembetulan dan kesalahan.

Pendaftaran telah ditutup

 

Tampalkan borang penyertaan anda di belakang lukisan masing-masing dan hantarkan ke :

PERTANDINGAN LUKISAN 2018,
Sekolah Multimedia Kreatif (CREAM)
Kolej Teknologi Alpha,
Lot 162, Jalan S2 B3,
Seremban 2,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan.

 

SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI

+60 16-681 2464  En. Azhar

.

Pertandingan Lukisan Sekolah-sekolah Menengah Malaysia
Klik untuk muaturun poster

© 2017 Hak Cipta Terpelihara Kolej Teknologi Alpha. Dengan melayari web ini anda adalah bersetuju terma dan syarat pihak kami.