Lawatan dari SMK (P) Temenggong Ibrahim ke Kolej Teknologi Alpha

26th September 2018 | 309 views | 251 photos

21 September 2018, Kolej Teknologi Alpha (KTA) Seremban 2, Negeri Sembilan menerima kunjungan dari SMK (P) Temenggong Ibrahim atau lebih dikenali dan popular dengan nama TIGS (Temenggong Ibrahim Girls School) Batu Pahat, Johor.

Delegasi yang terdiri dari tenaga pengajar dan juga pelajar tingkatan 6 yang diketuai oleh Pengetua SMK (P) Temenggong Ibrahim, Puan Hajah Jam’iyah binti Darmawan.  Lawatan ini juga selain saling kenal mengenali satu sama lain, kedua-dua pihak saling bertukar-tukar pandangan dan pengalaman terutamanya diantara guru dan tenaga pengajar dengan pihak Kolej Teknologi Alpha, khususnya Dr. Hamzaid Yahya yang tidak asing lagi sudah begitu lama di dalam bidang pendidikan bahkan di negeri Johor sendiri.

Semoga semua hasil perbincangan dan pengalaman dapat dimanfaatkan bersama-sama demi kecemerlangan anak bangsa Malaysia.