KTA Mid Autumn Festival by Chinese Society 2018

4th October 2018 | 662 views | 368 photos

29 September 2018, acara tahunan yang dianjurkan oleh Chinese Society Kolej Teknologi Alpha (KTA) Seremban 2, Negeri Sembilan telah berlangsung penuh meriah dengan jayanya.

Mid Autumn Festival adalah acara yang merupakan perayaan kedua terbesar selepas Chinese New Year disambut hampir di seluruh dunia. Acara ini sinonim dengan Tanglung atau lantera (lantern) juga Kuih Bulan.

Seperti kelaziman di KTA, acara-acara kebudayaan akan melibatkan ke semua pelajar tidak kira bangsa dan agama apa sekali pun turut bersama memeriahkan majlis. Majlis menyaksikan pelbagai persembahan bukan sahaja dari Persatuan Cina tetapi melibatkan persembahan kebudayaan dan kontemporari dari Bayu Arcadia, Borneo Society KTA, Indian Society KTA dan banyak lagi. Turut diselangselikan dengan persembahan nyanyian dan ‘busking’ dan juga tidak lupa persembahan drama, silap mata dan ‘Martial Arts’.

Acara tamat kira-kira jam 11.30 malam. Kita nikmati rakan lensa ini.

.