KTA-IUKL Family Day & Raya Open Day 2018

23rd July 2018 | 495 views | 141 photos

21 Julai 2018, Kolej Teknologi Alpha Seremban 2 menyaksikan Majlis Terbuka Hari Raya KTA-IUKL. Progam ini dijalankan dengan beberapa acara pada sebelah petang dan diakhiri dengan ucapan, penyerahan hadiah dan majlis jamuan atau makan malam. Kebiasaannya pihak kolej menjalankan secara terbuka untuk para pelajar semua program, tetapi dalam tempoh berkenaan, cuma para pelajar program KTA-IUKL yang berada di kolej manakala para pelajar program lain sedang bercuti semester yang panjang. Maka dengan itu majlis ini turut dijadikan sebagai Family Day KTA-IUKL bagi merapatkan silaturahim antara para pelajar bahkan tenaga pengajar dan kakitangan kolej.