Kejohanan Bowling ACT 5 sepasukan Campuran Ke-19

11th April 2018 | 386 views | 115 photos

7 April 2018, bertempat di U-Bowl, AEON Mall Seremban 2, telah berlangsungnya Kejohanan Bowling ACT 5 sepasukan Campuran Ke-19. Acara ini menyaksikan kira-kira 13 pasukan bertanding membuat jatuhan pin terbanyak.

Buat kali pertamanya juga kejohanan ini melibatkan beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) lain sebagai jemputan. Antaranya seperti Institut Aminuddin Baki (IAB), Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM), Kolej Cosmopoint Seremban (COSMOPOINT) dan KPJ Healthcare University College, Nilai (KPJUC)

Acara yang bermula pada jam 10 pagi berakhir pada jam 3 petang itu menyaksikan team Alakazambo dari Kolej Teknologi Alpha (KTA) Naib Juara pasukan Lentang-Lentung dari IAB dan ketiga pasukan dari KAYM.