IT Awareness Day 2019

27th March 2019 | 587 views | 754 photos

20 & 21 Mac 2019, Kolej Teknologi Alpha, Seremban 2. Telah berlangsung selama 2 hari berturut-turut Program IT Awareness Day 2019. Program ini telah dilaksanakan oleh para pelajar semester 6 KTA-IUKL. Program ini telah dihadiri oleh para pelajar Kolej Teknologi Alpha (KTA) dan tetamu-tetamu khas. Tujuan program ini dilaksanakan bagi menyempurnakan dua tugasan bagi subjek “IT Environment and Skills Sharing” dan “IT For Entereprenuer ”

Hari Pertama, 20 Mac 2019, program bagi subjek  IT Environment and Skills Sharing. Program ini telah dirasmikan oleh tetamu khas iaitu Mejar Abdul Hadi Bin Ramli. Di iringi oleh En Azreen Bin Ahmad selaku Penyelaras Akademik KTA. Sehubungan itu, terdapat 14 poster dipertandingkan pada program ini. Setiap poster yang dipertandingkan mempunyai tema yang berkaitan dengan teknologi.

Tema tersebut iaitu ‘Internet Technology’, ‘Mobile Application’, ‘Cyber and Network Security’. Seterusnya, ‘Apps For Business’, ‘Entertaiment and Media Industry’, ‘ IT Industry’ and ‘IT Hardware Maintainance’ poster tersebut diselia oleh Kumpulan 1 yang terdiri 7 kumpulan. Poster-poster tersebut direka sendiri oleh para pelajar menggunakan perisian Adobe Illustrator dan Adobe InDesign.

Hari Kedua, 21 Mac 2019 pula menyaksikan program bagi subjek IT For Entereprenuer . Saudara Muhamad Shazwan bin Md Yusof selaku pengarah program mengiringi tetamu jemputan iaitu Mr. Tajul Asni Ahamad merasmikan program hari ini seterusnya memulakan taklimat dan ucapan bernas beliau bertepatan dengan tajuk program iaitu “IT For Entereprenuer” . Seterusnya, beliau melawati 7 poster yang direka dan dipertandingkan khusus bagi tema program ini.

Setiap poster yang dipertandingkan mempunyai tema yang berkaitan dengan teknologi. Tema tersebut ialah ‘IT Lifestyle’, ‘Networking’, ‘IT services’, ‘Multimedia & Graphic’, ‘Game’, ‘IT Skills’ and ‘Marketing Online’. Kesemua poster tersebut direka oleh para pelajar di dalam bentuk perisian Adobe Illustrator manakala Buletin mereka menggunakan perisian Adobe InDesign. Dengan ini, ia dapat membantu menambahkan pengetahuan bahkan memupuk kesedaran tentang penggunaan teknologi yang semakin canggih seiring dengan peredaran semasa.

Kita nikmati rakaman lensa dari bermula sesi brainstorming dan prestation, sehinggalah ke hari acara berjalan.

Teks oleh : Nur Intan Farianni Zuhari
Kredit gambar: Chan Sock San, Nana Sanaria, Mirah Atikah & En. Nizam