IT Awareness Day 2019

17th September 2019 | 74 views

IT AWARENESS DAY 2019

Pada 11 September 2019, telah diadakan acara ‘IT Awareness Day’ yang telah berlangsung daripada pukul 9 pagi sehingga 5 petang di Kolej teknologi Alpha dan acara ini telah dihadiri oleh warga Alpha.

Pada sebelah pagi telah diadakan sesi ‘talk’ yang telah disampaikan oleh Tuan Dr Azuan dari Unit Security Cyber Malaysia. Selain itu, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti cabutan bertuah dan ‘Q&A’.

Pada sebelah petang pula, berlangsungnya pameran oleh pelajar semester 6 IUKL di mana setiap hasil kerja majalah dan video dipertontonkan dan seterusnya dinilai oleh para juri. Acara disambung lagi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti ‘mini games’, tayangan video, tapak pameran dan jualan telah disediakan.

Kredit Gambar : Wahidatul Zahira