High Tea Kolej Teknologi Alpha bersama CEO

25th May 2017 | 538 views | 70 photos

20 Mei 2017, bertempat di The Teratai Seafood Restaurant, Seremban 2. Para kakitangan dan pensyarah Kolej Teknologi Alpha telah mengikuti Majlis High Tea bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dr Hamzaid Yahya. Majlis ini merupakan sesi bagi menggantikan acara makan malam tahunan yang tidak dapat dijalankan kerana kesuntukan masa dan juga terlalu banyak acara lain di awal tahun seperti Majlis Konvokesyen yang lalu. Dalam majlis ini juga, kakitangan & pensyarah kolej mendengar ucapan, amanat, gambaran situasi semasa dan juga hala tuju kolej di masa akan datang.