Havana Night Farewell Dinner 2019

21st June 2019 | 942 views | 928 photos

16 Jun 2019, Glory Beach Resort, Port Dickson Negeri Sembilan. Para pelajar semester akhir program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan kerjasama Kolej Teknologi Alpha (KTA) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) menganjurkan majlis makan malam bagi meraikan tamatnya peperiksaan akhir mereka bersama rakan-rakan seperjuangan disamping meraikan para pensyarah & kakitangan kolej yang bersama-sama mereka selama 3 tahun.

Para pelajar telah memilih konsep ‘Havana’ bagi majlis ini yang menyaksikan dewan Dahlia di pusat peranginan tersebut meriah pelbagai gaya dan pakaian masing-masing yang menarik. Majlis turut diselang-selikan dengan ucapan, pertunjukan pentas dan persembahan video sambil menikmati hidangan makan malam masing-masing. Acara selesai dengan sesi fotografi menjelang tengah malam .

Pejam celik, tempoh 3 tahun berlalu tanpa disedari. Para pelajar ini seterusnya akan menyambung sesi praktikum atau ‘internship’ kira-kira 4 bulan bagi melengkapkan pengajian masing-masing dan kemudiannya akan berkonvokesyen di kampus induk UUM  Sintok Kedah nanti. Kami doakan anda semua berjaya dalam mengejar karier masing-masa di masa hadapan.

Kredit gambar : Mohamad Noor, Ahmad Faisal Shah & En. Nizam