Hari Pendaftaran Masuk Pelajar-Pelajar Program KTA-UUM sesi September 2017

5th September 2017 | 386 views | 106 photos

Isnin 4 September 2017 merupakan hari pendaftaran masuk pelajar baru ke program-program Ijazah kerjasama Kolej Teknologi Alpha (KTA) & Universiti Utara Malaysia (UUM). Kira-kira 120 orang telah mendaftar masuk kepada program-program ijazah kerjasama KTA-UUM iaitu Bachelor of Business Administration (BBA) dan juga Bachelor of Communication (BCOMM). Kehadiran ibu bapa dan penjaga juga bersama ahli keluarga masing-masing sangat ramai pada hari ini kerana cuti umum peristiwa Sukan SEA.

Majlis pendaftaran disusuli taklimat oleh CEO Kolej Teknologi Alpha, Dr. Hamzaid Yahya kepada ibubapa dan pelajar. Taklimat ini adalah untuk menjelaskan lagi cara dan strategi-strategi jangka panjang pihak kolej kepada pelajar, yang mana bukan sahaja sekadar belajar bahkan menunjukkan arah dan hala tuju supaya pelajar ijazah dari KTA adalah pelajar yang berkebolehan tinggi setanding bahkan lebih baik dari institusi-istitusi pengajian yang lain dan ini telah kami lakukan dengan jayanya selama 7 tahun ini.

Selamat datang kepada semua pelajar baru ke dalam Keluarga ALPHA! Di sini bermula segalanya!