Gotong Royong Perdana KTA & Wataniah Semboyan KTA 2019

25th February 2019 | 208 views | 147 photos

Sabtu 23 Februari 2018. Seawal jam 8.30 pagi, para pelajar dan kakitangan Kolej Teknologi Alpha berkumpul di perkarangan kolej. Turut menyertai ialah Wataniah Semboyan KTA. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari Ustaz Adlani diikuti sedikit ucapan alu-aluan dan taklimat ringkas program.

Seterusnya, semua peserta perlu membuat senaman pagi dan regangan terlebih dahulu. Kira-kira 30 minit kemudian, pembahagian kumpulan dijalankan dan semua kumpulan memulakan tugas masing-masing kira-kira jam 9.30 pagi.

Acara ini diadakan bukan semata-mata untuk membersihkan persekitaran kolej, tapi dalam masa yang sama mendidik para pelajar dengan rasa tanggungjawab kepada kebersihan, selain mencegah pembiakan nyamuk yang biasanya menular dimusim hujan dan panas ini. Dalam pada itu, ia dapat mengeratkan perhubungan sesama pelajar dan kakitangan umumnya.

Program tamat menjelang tengahari.