Glamour & Glitter Gala Night Dinner 2018

21st December 2018 | 1,332 views | 640 photos

Pada tanggal 12 Disember 2018 yang lalu, telah berlangsungnya majlis makan malam yang gilang-gemilang bertempat di Zemi Garden Wedding, Rasah Negeri Sembilan. Majlis berlangsung tepat jam 8.00 malam. Majlis telah dihadiri oleh seramai 83 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi semester enam dan tujuh. Majlis turut dihadiri oleh Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Alpha sendiri, Dr Hamzaid Bin Yahya diiringi oleh En. Hashim Bin Harun selaku Timbalan Eksekutif Kolej Teknologi Alpha, Dekan Komunikasi, Dr Wan Maharuddin Bin Wan Sulaiman, kakitangan Kolej Teknologi Alpha dan para pensyarah yang telibat mengajar pelajar semester enam dan tujuh (BCOMM). Majlis yang bertemakan “Glamour dan Glitter” (G&G) sudah tidak asing lagi dengan program komunikasi.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Putera Waqiuddin Bin Mukhlis dan diteruskan dengan ucapan oleh CEO Kolej Teknologi Alpha Dr Hamzaid Bin Yahya, disusuli ucapan dari Dekan Komunikasi Dr Wan Maharuddin Bin Wan Sulaiman, ucapan dari wakil semester 6 oleh saudara Saini Bin Adenan dan seterusnya wakil dari semester 7 oleh saudara Nuzuluddin Bin Abdul Razak. Majlis turut diserikan oleh persembahan dari Kumpulan Seni Tari Kolej Teknologi Alpha (BAYU ARCADIA), persembahan dari pelajar semester enam dan tujuh (BCOMM).

Untuk menimbulkan kelainan dari lain majlis turut mengadakan pertandingan “Mr & Miss Communications”. Slot ini bermula dengan pengudian awal secara atas talian dan selepas undian ditutup, hanya undian teratas akan dipilih sebagai Top finalis “Mr & Miss Communications”. Peserta yang terpilih kemudiannya diminta untuk menjawab soalan yang diberikan oleh pihak penganjur. Penilaian markah dibuat oleh pensyarah sendiri berdasarkan ketepatan jawapan, penampilan dan keyakinan diri peserta. Bagi gelaran “Mr Communications” disandang oleh saudara Charlie Darren Servatius manakala, bagi gelaran “Miss Communications” disandang oleh saudari Izzatie Ramli. Sebelum majlis berakhir tepat pada jam 10.30 malam, satu sesi fotografi sebagai kenang-kenangan untuk pelajar.

Teks oleh : Helmi Bin Razali (Presiden Perkom 2018)
Gambar Oleh : En Nizam, Mubarak Saip, Siti Najiyah & Azwar Aqmar

Nikmati rakaman lensa kami di bawah ini :