Gala Night Aloha Semester 6 IUKL 2018

16th October 2018 | 432 views | 142 photos

12 Oktober 2018, Sutera Hotel, Seremban 2. Sedar tidak sedar mereka sudah pun di semester akhir. 3 tahun bagaikan tidak terasa, betul! Rata-rata begitulah kata-kata yang diluahkan oleh para pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan program kerjasama Kolej Teknologi Alpha(KTA) dengan Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL).

Para pelajar semester akhir ini menjalankan Majlis Makan Malam yang dinamakan Gala Night Aloha Semester 6 IUKL, disesuaikan dengan tema pakaian mereka iaitu ala Hawai.  Majlis ini merupakan simbolik kepada hampirnya mereka menamatkan pengajian, mencipta memori terakhir bersama-sama rakan seperjuangan dalam masa yang sama meraikan para pensyarah dan tenaga pengajar mereka.

Tidak lama lagi mereka akan menghadapi peperiksaan akhir, seterusnya akan mengikuti latihan ‘internship’ selama beberapa bulan dan seterusnya akan masuk ke alam pekerjaan. Semoga anda semua berjaya mencapai cita-cita dan cemerlang di masa hadapan!.