Family Day KTA-IUKL 2018

19th February 2018 | 1,262 views | 494 photos

SABTU, 3 FEBRUARI – Persatuan Mahasiswa IUKL-KTA melalui ahli jawatankuasa persatuan serta ahli jawatan kuasa semester 6 telah menjayakan Program Family Day IUKL-ACT di perkarangan Kolej Teknologi Alpha baru-baru ini. Program tersebut bertujuan untuk meningkatkan lagi taraf komunikasi antara siswa-siswi, meraikan kedatangan adik adik semester satu serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pelajar tidak kira dari golongan umur yang melibatkan seramai 50 ahli jawatan kuasa serta 340 orang pelajar dari semester 1 hingga semester 6.

Pelbagai aktiviti yang dilangsungkan pada hari tersebut antaranya senamrobik yang diketuai oleh ahli jawatankuasa yang terlibat, 10 aktiviti sukaneka yang diadakan antaranya lompat tali triple, lumba lari pakai sarung, belon ikat kaki berkumpulan dan banyak lagi. Seterusnya, pada masa yang sama aktiviti explorace juga sedang berlangsung dan terdapat 10 checkpoint yang disediakan untuk para peserta. Para peserta akan menjalani sebanyak 10 check point antaranya checkpoint teka teki berpantun, selfie makeup, garisan panjang, puzzle, teka barang dalam kotak dan banyak lagi.

Pada sebelah malam pula, ucapan pengarah program, Cik Marliana Mahadhir serta dekan IUKL En. Shamsul Amran. Ucapan perasmian disempurnakan oleh CEO Dr. Hamzaid Yahya. Aktiviti diteruskan dengan malam kebudayaan yang melibatkan peserta untuk membuat persembahan bagi mewakili kumpulan masing masing. Persembahan yang di persembahkan antaranya wayang kulit, dikir barat, menari, menyanyi, berlakon serta persembahan dari wakil ahli jawatankuasa program. Setelah selesai kesemua persembahan, upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang dilaksanakan. Majlis serta program tamat pada jam 12 malam.

Terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tak langsung dalam menjayakan program ini. Berharap program ini dapat diteruskan oleh adik adik yang akan datang.

 

Teks : Marliana Mahadhir 
Gambar : Noraiman Fazli Saidin