Exhibition Innovation of Food & Beverage : Tasty And Yummy 2017

17th May 2017 | 739 views | 211 photos

27 April 2017. Bertempat di perkarangan Kolej Teknologi Alpha, Seremban 2. Sejak awal pagi sehingga petang telah berlangsungnya acara “Exhibition Innovation of Food & Beverage : Tasty And Yummy”. Mungkin dalam bahasa lebih mudahnya kita andaikan sebagai ekspo makanan.

Acara yang berlangsung penuh kemeriahan ini menyaksikan pelbagai juadah, makanan dan minuman yang dicipta oleh para pelajar. Beberapa orang pensyarah dan kakitangan kolej menjadi juri bagi memilih makanan dan minuman terbaik. Selain itu juga makanan tersebut dijual kepada para pelajar dan kakitangan kolej.