Colourful Night 2018 – BBA KTA-UUM Semester 6

4th May 2018 | 4,877 views | 900 photos

27 April 2018, Palm Seremban Hotel, Seremban Negeri Sembilan.  Pada malam ini, para pelajar semester akhir Bachelor of Business Administration program kerjasama Kolej Teknologi Alpha (KTA) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menjalankan Annual Dinner – Colourful Night 2018.

*right click – save link as untuk muat turun gambar skala mega 

Majlis makan malam tersebut adalah bagi meraikan kejayaan mereka yang kini sudah hampir menamatkan pengajian selama 3 tahun di sini. Majlis selain turut merapatkan lagi ukhuwah sesama pelajar, turut meraikan para pensyarah dan kakitangan kolej. Para pelajar semester akhir bagi sesi ini akan menghadapi peperiksaan akhir tidak lama lagi, seterusnya akan menjalani praktikal dan akan berkonvokesyen di kampus induk UUM di Sintok Kedah pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, dikuti ucapan dari CEO Kolej Teknologi Alpha, Dr. Hamzaid Yahya yang menyampaikan amanat dan ucapan tahniah kepada para pelajar. Seterusnya majlis makan malam diselang-selikan dengan pelbagai persembahan yang menarik dan hebat-hebat dari para pelajar.

Tahniah buat para pelajar semua, kerana perjuangan pengajian anda sudah sampai penghujungnya dan akan bermulalah nanti perjuangan yang baru! Kami doakan kejayaan anda di masa hadapan yang cemerlang yang hebat-hebat belaka! Kolej Teknologi Alpha – Disini Bermula Segalanya!

Kredit gambar : Noraiman Fazli Saidin & En. Nizam